Monday, September 15, 2008

Katanya Rasulullah gemar haiwan, salah satunya Kucing

Meh...Layan Jap....

Jangan Benci Kucing

Sama-samalah kita ambil pengajaran..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin
bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing.

Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada
membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,
Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat
dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh
dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni...

14 comments:

Mogen Ali Rico said...

kah kah kah..leh masuk lawak ujang niehh..kucing nie best kalo bela..nak2 time die kecik lagi..nakalnyer yang amat..tapi best sgat2..tapi kene tahan laa tangan dan kaki..penuh kesan kene geget ngan calar balar dikerjakannya..

apaperpun bela kucing mmg best!!!

Ronn said...

Snow... human always n suka sangat menuju kesesatan.. no wonder Budin tak tau nak balik.. sehina-hina haiwan... seekor anjing antara yang confirm as penghuni syurga... kita???

Hashim said...

Salam...
Moral of the story :
Sekiranya sesat semasa membuang kucing, jadikan Kucing sepabagai pemandu arah. Tour Guide.

hanis said...

haha~
bley join wat lawakssss nih

Wardrobe kita said...

hahaa....

qaseh pun ada bela kucing..mmg ptt kucing ni jd binatang kesayangan nabi..

pernah qaseh menangis,kucing qaseh datang dekat dengan qaseh n cium2 qaseh smp qaseh da x leh menangis lagi..erm...mmg dia pandai memujuk..

Snowflake said...

Assallamualakum
Suddenly, gw ngetop gitu. Bukan aja ada 5 visitors, di komen lagi. Ma kasih ma kasih. Gara garanya cerita kucing. Betul gitu, ada juga yang ngatakan kalau belain haiwan, rezeki juga murah.. nah.. rakan rakan bela haiwan ye..
Rico,
Ma kasih ye.. loe nyuruhin rakan rakan loe semua visit gw ye... Rico.. loe mesti fikirin gw clown. Ngga ngga.

Ronn,
Iya.. Iya.., gw faham bahasa lapik loe itu.

Hashim
Salam. Gud idea. Tapi eh..Snow tak pasti tentang ini. Mungkin kucing tahu guide diri sendiri aja. Kok nanti semua bawa kucing ke obersea, mahu gratis(free) gitu.

Nis,
Bleh bleh.

Qaseh,
Snow pun ama qaseh. Loh.. kalau kucing Snow ngga ada, mula lah Snow jadi kucing ngiow.. ngiow.., cari kucing Snow.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa rakan rakan...
Wassallam

Mogen Ali Rico said...

enggak ade loe..mereka ini semuanya mmg menggemari hasil karya mu dong..

Galuh Cendra Kirana said...

Hepp... setujuuuu!!! Aq juga percaya bahwa kucing juga lagi berdoa skira kamu slalu berbuat baik terhadapnya... =) lam kenal yach. Aku juga punya kucing kok... sara, baboo, whitney...aq kangen ama kaliann...muachhh!!!

Mogen Ali Rico said...

makkiahh galuhh..
lagi indon dari indon yaa..

daaaa....

cakapaje said...

Salam snowflake,

Wah, tetiba ramai benar yang berkomentar ya.

Hmm...memang saya gemar kucing. Namun, ibu saya merasa geli terutama apabila anak kucing bergeselan di kakinya. Maka dengan itu, saya tidak lagi memelihara. InsyAllah, diberi peluang, akan saya peliharai semula.

Galuh Cendra Kirana said...

Snowku sayang (loh..pantas aq terdorong nafsir ama kamu nich..kamu juga pencinta kucing kayak aq, ya?),

Kok jika kucing bergeselan di kaki, maka artinya rejeki bakal mengundang ke dalam hidupmu.. jadi usah diusir doang.. =)

Mogen Ali Rico said...

nie yang nak nak gesel2 ngan kucing niehhh!!rejeki rejeki!!!

Snowflake said...

Assallamualaikum
Kir and Rico
Loe semua jangan ngga sudi digesel ama kucing yang bunyinya 'miow miow', tapi jangan gesel ama nya kucing yang bunyi 'mau.. mau... ' habisin nanti!!!

Cakapaje,
Loe juga..., ikutin Kirana dong, sayangi dan digeselan kucing itu rejeki. Tapi gw faham loe ngga mahu ibu kecil hati ye..
Wassallam

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)