Monday, September 15, 2008

Katanya Rasulullah gemar haiwan, salah satunya Kucing

Meh...Layan Jap....

Jangan Benci Kucing

Sama-samalah kita ambil pengajaran..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin
bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing.

Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada
membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,
Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat
dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh
dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni...

Wednesday, May 14, 2008

LIfe has to go on

A dear friend has pesistently pushed me to start writing. There are things in my life that are interesting, he said, to make me turn out as I am today. That set me thinking. I will start writing but with a promise that there is no politics. There are too much opinion already and mine will only be senseless.

From the start, I wanted a simple life. One that I was familiar with growing up. Now, it seems complicated with all the worldly desires and sorrows. To a friend, life has to go on.

I will always be with you.

As for my writing, it will start with a Hello. (More to continue)

Saturday, April 26, 2008

Allah buat apa? Apa punya soalan daa...

Apa Punya Soalan Daa…

Tiba-tiba sebuah perbualan berlangsung sebagaimana berikut,

Lelaki A:
Ustaz, apa makhluk yang mula-mula diciptakan oleh Allah?

Ustaz:
Yang mula-mula diciptakan adalah al-Qolam, iaitu pena.

Lelaki B:
Bila pula Allah ciptakan alam semesta ni ye ustaz? Ada tarikh dia tak?

Ustaz:
Wallahu a’lam... saya tak tahu. (Ustaz berkerut dahi)

Lelaki B:
Apa yang Allah buat sebelum ciptakan langit dan bumi ni ustaz?

Lelaki A:
Ye la ustaz, boleh tak ustaz ceritakan sikit? Takkan Allah tak buat apa-apa, takkan Allah duk termenung je takde nak buat apa-apa sebelum tu?

Ustaz:
Yang korang ni tiba-tiba tanya perkara-perkara yang merepek ni kenapa? Kira ok lah kalau benar Allah tu termenung[1] sekalipun. Daripada tiba-tiba Dia lempang je korang ni, membuatkan engkau orang berdua tertonggeng! Baru korang tau apa yang Allah buat... (Dengan nada yang sedikit keras)

Lelaki A & B:
Terdiam, terkedu, dan terkesima...

Komen aku:

Perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, dari hal-hal yang ghaib (tidak dapat dikesan melalui pancaindera) dan tiada sumber wahyu yang memberitahukannya kepada kita, maka diamkanlah. Jangan pulak kita nak mempertanya-tanyakan persoalan-persoalan yang kita tiada diberi pengetahuan tentangnya. Jangan juga kita mengada-adakan sesuatu yang diluar maklumat pengetahuan kita. Banyak lagi perkara-perkara lain yang terzahir yang belum mampu kita kuasai dan fahami. Kenapa pula kita harus perlu melompat kepada perkara yang di luar bidang kuasa pengetahuan pancaindera kita??? Tak cukupkah Apa yang Allah telah beritahukan kepada kita?

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya...” (al-An’am 6: 59)

“...dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (al-Isra’ 17: 85)

Katakanlah tiba-tiba seorang manusia yang tidak pernah pun rapat dengan kita dan tidak pernah mengenali kita secara tepat, menceritakan hal peribadi kita kepada orang lain dengan fakta-fakta yang tidak betul sama sekali, malahan si pendengar cerita orang tersebut pula bertanya dengan pelbagai hal tentang diri kita. Orang yang tersebut pun menceritakan tentang kita dengan hentam keromo sahaja...

Tentu kita marah bukan, kerana ada orang yang menceritakan hal kita dengan konteks yang tidak benar fakta-faktanya, malah kita sendiri tidak pernah memberitahukan kepadanya, tentulah kita rasa pelik dengan orang tersebut seolah-olah tahu segala-galanya tentang kita... Dan bukanlah itu yang kita kehendaki untuk diceritakan tentang diri kita...

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.” (al-Isra’ 17: 36)

“Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah 2: 169)

The point is – Janganlah kita mendahului Allah dalam berbicara & perbuatan... Cukuplah petunjuk wahyu dari al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya buat kita. Kita tidak lebih tahu dari-Nya melainkan melalui petunjuk-Nya yang benar.

Wallahu a’lam...

Footnote:

[1] wallahu a’lam, tidak pernah aku menemui atau diberitahukan perihal adanya dalil yang menetapkan atau menafikan bahawa Allah itu memiliki sifat termenung.
Di petik dari: an-nawawi.blogspot.com